Recent Posts

Sunday, November 24, 2013

Inilah Syarat Wanita Dijamin Masuk Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dunia Islam : Wanita adalah makhluk yang istimewa dijadikan Allah. Biarpun zaman jahiliyah, kanak... thumbnail 1 summary
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Apakah Pembukuan Al-Qur’an di Zaman Sahabat Termasuk Bid’ah

Dunia Islam : Wanita adalah makhluk yang istimewa dijadikan Allah. Biarpun zaman jahiliyah, kanak-kanak perempuan dibunuh, namun Islam mengangkat darjat kaum wanita. Bersyukurlah sesiapa yang dilahirkan sebagai insan istimewa ini.

Wanita yang beruntung adalah wanita yang menjaga auratnya, mentaati suami jika dia telah berkahwin, menjaga maruah dan yang  paling utama mentaati perintah Allah dan Rasulnya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, suami mereka adalah sumber pahala yang paling mudah untuk dikaut setiap hari.  Setiap  tanggungjawab yang ditunaikan semuanya berpahala.  Beruntung kaum wanita sebenarnya.

Bagaimana Wanita Mudah Untuk Masuk Syurga Allah?
Wanita mudah untuk menikmati syurga yang Allah jadikan asalkan dirinya melakukan perkara-perkara yang membawa seseorang  wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Mudahnya Wanita Masuk Syurga Dengan Syarat
Syarat Pertama 
Hendaklah melaksanakan kewajipan agama.  Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang  bermaksud) “Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk  syurga”

Syarat Kedua
Hendaklah seseorang wanita itu mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at- Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang  menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau  tidak bersamanya.

Syarat Ketiga
Selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud):  “Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah”

Syarat Keempat
Rajin bersolat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dan Abu Said رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda (yang bermaksud): “Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat  berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah”.

Syarat Kelima 
Adalah berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda  (yang bermaksud): “Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling  banyak menjadi penghuni neraka”.

Mudahnya Wanita Masuk Syurga Dengan Syarat

Demikianlah kelebihan seorang wanita Islam. Tidak sukar untuk Wanita Masuk Surga asalkan menjaga kelima-kelima perkara di  atas tadi. Tetapi sayangnya ramai wanita kini tidak pandai menjaga maruah diri, tidak menutup auratnya, mendurhakai suami dan sebagainya. Wallahua’lam..

Sumber: http://bicarasantai.com

Search